HomeTentangPortfolioProduk & ServisContact

Tentang Nique

Nama aku Nik Baihaqi.
Dekat internet, Nique.

Aku bukan bermula daripada AI. Aku bermula daripada business. AI datang kemudian dan buka lagi banyak benda yang boleh aku buat.

Nique in a grey suit

Cerita ringkas

Business ajar aku untuk execute.

Entrepreneurship ajar aku benda yang susah nak dapat daripada teori semata mata. Macam mana nak jual, jaga cash flow, urus orang, buat keputusan bila data tak lengkap dan terus jalan bila plan tak menjadi.

Lepas tu aku mula masuk lebih jauh dalam dunia creative dan digital. Content, branding, visual, social media dan cara sesuatu idea disampaikan.

Bila AI mula jadi sebahagian besar daripada cara kita bekerja, aku nampak satu peluang. Bukan untuk jadi orang yang cakap AI boleh buat semua benda, tapi untuk guna AI pada benda yang memang boleh bagi value.

Sebab tu sekarang positioning aku simple. AI Creative & Business Strategist. Aku suka duduk dekat tengah tengah business thinking, creative execution dan teknologi.

AIPractical use, content, workflow.
BusinessStrategy, operations, market.
CreativeBrand, content, direction.

Aku tak nak dikenali sebab banyak title. Aku nak orang ingat benda yang aku buat dan bagi value.

Recognition

Beberapa pengiktirafan sepanjang perjalanan.

2026

Anugerah Daya Usaha Inovasi Putra

Anugerah Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.

2026

Tempat Ketiga Business Combat

Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan.

2026

Anugerah Perak INSPIRE

Innovative Studentpreneurs for Impactful & Resilient Enterprise, peringkat kebangsaan.

2026

Anugerah Kepujian Dekan

Pengiktirafan kecemerlangan akademik.

2025

Anugerah Rising Up Startup

International DICE 3.0.

2025

Anugerah Citra Niaga Pendeta

Pengiktirafan keusahawanan di Kolej Pendeta Za'ba.

Apa aku percaya

Bina benda yang berguna.

Tak semua idea perlu jadi startup. Tak semua content perlu viral. Tak semua AI workflow perlu complicated.

Kalau benda tu buat kerja lebih jelas, bantu orang faham sesuatu, jimat masa atau selesaikan masalah sebenar, bagi aku itu dah cukup untuk mula.

Professional headshot of Nique

Nak tengok kerja aku?

Portfolio ada dekat sini.